Pelakon terkenal Hollywood Johnny Depp, 58 tahun, mendapat 15 juta Dolar Amerika selepas menang dalam kes saman fitnah terhadap bekas isterinya.<br /><br />Mahkamah dalam keputusannya bagaimanapun mendapati pelakon francais filem "Pirates Of The Caribbean" itu dan Amber Heard, 36 tahun, saling bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah antara satu sama lain.